Ini merupakan kali kedua majlis berbuka puasa diadakan di PLF sempena ramadhan al mubarak ini. Majlis pertama dulu diadakan bersama majlis penyampaian hadiah pertandingan esei dan yang kedua iaitu pada 03 Oktober diadakan bersama majlis tahlil untuk Yang Berbahagia Tun Mahathir.Turut diselitkan pada malam itu adalah sambutan hari lahir untuk staf PLF yang meraikan hari lahir pada bulan Julai,Ogos dan September dengan memotong pulut kuning.Menu hidangan tersangatlah sedap, nasi beriyani,nasi impit,sate,buah-buahan,roti john,pengat pisang (sedap sangat) dan air soya.Makan sampai senak perut..Bestnyer..makanan semuanya ditaja.Yang menariknya,kami sendiri yang jadi penanggah sebab untuk majlis kali ni tak guna khidmat katering.So masing-masing bekerjasama dari awal majlis sampai habis.Yang tak laratnya time nak cuci pinggan tu..